Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.
e-pembelajaran mampu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan proses pembelajaran yang dinamik. e- pembelajaran juga berkesan jika segala kemudahan dipenuhi dan mampu memantapkan institusi pendidikan.
ReplyDeletee-pembelajaran juga mampu meningkatkan kualiti akademik pelajar, kerana pelajar boleh mengakses maklumat dan bebas bertanya pada bila-bila masa sahaja, asalkan dapat mengakses internet
ReplyDeletee-pembelajaran merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan kini yang mana ia menjadi suatu perkara yang penting. saya harapkan ia menjadi suatu yang bermanfaat nanti.
ReplyDeletedalam dunia serba moden kini, internet merupakan suatu keperluan. Internet boleh digunakan dalam banyak perkara antaranya adalah pembelajaran.
ReplyDeletepembelajaran menggunakan aplikasi internet merupakan makanan dalam hidup mahasiswa masa kini. Ia mudah dan menjimatkan masa terutama untuk mengakses maklumat tentang sesuatu perkara.
namu begitu, kelalaian juga boleh berlaku sekiranya mahasiswa terlalu leka dengan penggunaan internet. justeru itu, pengawasan dan sikap pengguna internet itu sendiri akan menentukan samada penggunaan internet itu dapat dimanfaatkan sebaikknya atau tidak.
kelebihan e-learning adalah seperti dapat mengurangkan kos, maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan kaedah pembelajaran yang lebih efektif.
ReplyDeletepembelajaran menggunakan e - pembelajaran adalah sangat baik jika ia dimanfaatkan sebaiknya tetapi jika tidak terdapat juga kesan-kesan negetif yang akan wujud
ReplyDelete